Sign in

iiinova is part of the Atmosphere — an open, public network where you own your identity.

FaizalR

@faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy
17 followers 2 following 97 posts

Tech repair, ThinkPad experiments, daily reflections • Qur’an study & tadabbur journey • Malaysia 🌙 • Travel notes • Sharing what I learn, as I learn it. 🌉 bridged from ⁂ mstdn.social/@faizalr, follow @ap.brid.gy to interact

PostsRepliesMedia
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 17/10/2026
Best Color - Color Comparison Voting best-color.vercel.app
best-color.vercel.app
Best Color - Color Comparison Voting
A website that presents users with 2 colors and asks them to pick one. We collect this data with the user's browser information.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 15/10/2026
Tiny Little Office tinylittleoffice.com
tinylittleoffice.com
Tiny Little Office: the link is the document
A tiny office suite where the link is the document. No accounts. Nothing is saved anywhere unless you choose to keep it on this device.
002 2
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 14/10/2026
Kenduri Perkahwinan Anak Sahabat Sehaji di Ipoh www.faizalr.com/2026/10/kenduri-per… #Blog #Kenduri #Ipoh #Malaysia
faizalr.com
Kenduri Perkahwinan Anak Sahabat Sehaji di Ipoh
Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambung lagi ukuwah dengan sahabat sehaji dengan memenuhi undangan perkahwinan anak perempuannya di Ipoh. Kebetulan hari Sabtu baru ni agak free juga jadi aku dah cakap kat wife nak pergi ke kenduri ni. Penang ke Ipoh dalam 2 jam boleh sampai, tidaklah jauh sangat. Mulanya Eryna tidak mahu ikut kerana masih dalam fasa peperiksaan hujung tahun tetapi dia ubah fikiran pula dan dia nak ikut serta. Pagi sebelum tu aku sempat pick up satu laptop yang lag katanya. Laptop jenama Avita Pura ke tak silap. Pakai Windows 11 tapi RAM 4GB sahaja. Memang tak cukupkan ceritanya. Selesai ambil laptop kemudian kami singgah Surau Taman Pauh Jaya kerana ada program dengan komuniti setempat. Ada juga disediakan aktiviti derma darah. Aku pula dah 3 bulan lepas balik dari Arab Saudi dah kira boleh menderma semula. Ambil masa sedikit kerana agak ramai juga yang menderma dari pagi tu. Selesai derma darah kami pun siap-siap dan bertolak ke Ipoh. Dalam perjalanan duk tengok dalam WhatsApp group dah ada geng yang sama berhaji sampai dan ada yang dah nak balik. Ada yang tak sempat nak jumpa. Apapun setibanya kami di dewan sempat berjumpa dengan 2 pasangan yang sama berhaji selain dari Haji dan Azlan dan Hjh Hafisah yang menjemput. Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang sama berhaji. Kalau boleh nak bersembang lama lagi. Selesai di majlis perkahwinan itu, kami singgah minum cendol pula. Puan isteri duk mengidam nak makan cendol durian. Selesai di situ kami pun balik ke Penang semula. --- Derma darah di Surau Taman Pauh Jaya. --- Makan satu meja dengan Hj Emuda dan Hjh Sarimah. --- Bersama Hj Nazri dan Hjh Ruszita. --- Bergambar dengan yang menjemput, Hj Azlan dan Hjh Hafizah. --- Sempat berselfie, tahniah diucapkan. --- Baru nak wefie sekali alamak ada orang nak turun pula. --- Pekena celdol Ipoh dahulu. --- Eryna tak makan cendol. Tengok sampai bila agaknya dia tak makan cendol. Sekian dahulu untuk catatan kali ini.
010 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 14/10/2026
[Gambar makanan.] Sarapan pagi tadi.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 13/10/2026
Doomscrolling anyone?
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 12/10/2026
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 30/40 (Ayat 232-235) www.faizalr.com/2026/10/tadabbur-su… #blog #tadabbur #alQuran
faizalr.com
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 30/40 (Ayat 232-235)
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 30/40 (Ayat 232-235) Ruku' 30 dari 40 ruku' dalam surah Al-Baqarah merangkumi perihal tentang tiadanya sekatan bagi wanita yang telah bercerai untuk berkahwin semula, perintah menyusukan bayi, perintahkan untuk menunggu selama empat bulan dan sepuluh hari bagi wanita kematian suami sebelum berkahwin semula dan tiadanya sekatan bagi wanita kematian suami untuk berkahwin semula. Ayat 232 وَإِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ فَبَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَلا تَعضُلوهُنَّ أَن يَنكِحنَ أَزوٰجَهُنَّ إِذا تَرٰضَوا بَينَهُم بِالمَعروفِ ۗ ذٰلِكَ يوعَظُ بِهِ مَن كانَ مِنكُم يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۗ ذٰلِكُم أَزكىٰ لَكُم وَأَطهَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa iddah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. 1. Wanita yang telah bercerai tidak sepatutnya dihalang daripada berkahwin semula. Perkahwinan ini adalah sama ada dengan lelaki lain atau dengan bekas suaminya (dengan syarat-syarat yang memenuhi syariat). Dalam masyarakat ada yang berpandangan penceraian adalah suatu yang dianggap sial, berkahwin semula seperti mengundang sial yang lain pula, ini adalah kepercayaan yang tidak benar. Wali atau bukan wali tidak sepatutnya menghalang perkahwinan seterusnya. 2. Daripada Jabir bin Abdullah r.a., bahawasanya Nabi ﷺ bersabda: “Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, dan seorang gadis diminta izinnya ke atas dirinya, dan izinnya adalah diamnya.” (Sahih Muslim, Kitab An-Nikah, Bab Isti’dzan Ats-Tsayyib wal Bikr). Walaupun seorang janda lebih berhak ke atas dirinya berbanding walinya, namun tidak semestinya wali hanya menerima pilihan hatinya tanpa menyelidiki latar belakang pasangan. 3. Perkara pertama yang perlu diselidiki ialah sama ada seseorang itu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Perkara ini penting dan lebih utama untuk dipertimbangkan berbanding pekerjaan, status, keturunan dan lain-lain. Allah menutup ayat ini dengan sifat-Nya yang maha mengetahui. Ini menunjukkan sangkaan manusia itu lemah; menghalang-halang orang daripada berkahwin semula tidak menyelesaikan masalah, malah mungkin menimbulkan masalah yang lebih besar pula. Ayat 233 وَالوٰلِدٰتُ يُرضِعنَ أَولٰدَهُنَّ حَولَينِ كامِلَينِ ۖ لِمَن أَرادَ أَن يُتِمَّ الرَّضاعَةَ ۚ وَعَلَى المَولودِ لَهُ رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعروفِ ۚ لا تُكَلَّفُ نَفسٌ إِلّا وُسعَها ۚ لا تُضارَّ وٰلِدَةٌ بِوَلَدِها وَلا مَولودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الوارِثِ مِثلُ ذٰلِكَ ۗ فَإِن أَرادا فِصالًا عَن تَراضٍ مِّنهُما وَتَشاوُرٍ فَلا جُناحَ عَلَيهِما ۗ وَإِن أَرَدتُّم أَن تَستَرضِعوا أَولٰدَكُم فَلا جُناحَ عَلَيكُم إِذا سَلَّمتُم مّا ءآتَيتُم بِالمَعروفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. 1. Terdapat dua konteks dalam ayat ini, sekiranya kita mengambil kira ayat sebelum ini iaitu berkaitan penceraian. Sekiranya si ibu mempunya anak kecil atau mungkin sedang mengandung, perlulah si ibu menyusukan bayi dengan susu badannya. Tempoh yang diminta untuk dipenuhi ialah selama 2 tahun sempurna. Susu ibu sangat penting kepada bayi, Allah telah menganjurkannya jauh lebih awal daripada kajian-kajian saintifik berkaitan penyusuan menggunakan susu badan. 2. Dalam konteks bukan kerana penceraian pun sama juga saranannya, iaitu baik untuk menyusukan bayi dengan susu badan selama dua tahun sempurna. Kajian menunjukkan kelebihan susu badan antaranya; 1. Meningkatkan imuniti anak, 2. Baik untuk perkembangan otak dan emosi anak, 3. Ikatan kasih sayang yang lebih dan 4. Baik untuk kesihatan ibu seperti mengurangkan risiko kanser payudara, baik untuk rahim dan lebih mudah untuk ibu kembali kepada fizikal asal. 3. Kewajipan bapa pun ada juga iaitu memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan sewajarnya. Walaupun telah bercerai, ketika ibu menyusukan anak, bapa juga perlulah menjaga keperluan kedua ibu dan anak. Anak itu masih anaknya dan lelaki bertanggung jawab atau tanggungan anak tersebut. Pemberian ini perlu pertimbangan wajar, tidaklah sampai membebankan lelaki dan disesuaikan dengan keperluan ibu dan anak. Begitu juga, waris perlu menunaikan tanggungjawab. 4. Sekiranya suami dan isteri telah bersetuju untuk bercerai, selepas penceraian sepatutnya tidak lagi perlu bermusuhan di antaranya. Fokus utamanya menunaikan hak Allah yang telah membenarkan penceraian itu dan menunaikan hak anak-anak. Ibu dan bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kerana anak menilai semua yang berlaku, apatah lagi semuanya ada nilaiannya di akhirat nanti. Kita perlu sedar bahawa sekecil-kecil perkara pun Allah mengetahui kesemuanya. Ayat 234 وَالَّذينَ يُتَوَفَّونَ مِنكُم وَيَذَرونَ أَزوٰجًا يَتَرَبَّصنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَربَعَةَ أَشهُرٍ وَعَشرًا ۖ فَإِذا بَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما فَعَلنَ في أَنفُسِهِنَّ بِالمَعروفِ ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. 1. Bagi isteri yang kematian suami, tempoh iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari. Tempoh ini berbeza dengan iddah kerana penceraian iaitu tiga kali suci. Antara hikmahnya adalah untuk memberi tempoh kepada isteri untuk bertenang dan mengubah kehidupan daripada berpasangan kepada berseorangan. Ia juga sebagai penghormatan kepada keluarga suami. Tempoh ini juga dinyatakan terus tempohnya supaya orang di sekeliling boleh menghitung sendiri tempoh ini. 2. Daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi ﷺ), beliau berkata: “Pada zaman Jahiliyah, apabila seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, dia akan masuk ke dalam tempat yang sempit (kotor), memakai pakaian paling buruk, dan tidak menyentuh sebarang wangian atau perhiasan selama setahun. Setelah genap setahun, seekor haiwan disembelih untuknya dan dia keluar…” (Riwayat Bukhari No. 1281 dan Muslim No. 938). Islam memberi keringanan kepada wanita. 3. Dalam tempoh empat bulan sepuluh hari itu, wanita yang kematian suami dilarang berhias. Perhiasan ini termasuklah jenis pakaian, aksesori dari emas dan perak, wangi-wangian, dan mengenakan solekan. Selain itu, mereka juga tidak boleh keluar dari rumah melainkan jika ada urusan penting seperti kesihatan, keselamatan, mendapatkan keperluan asas dan bekerja sekiranya tiada sumber pendapatan lain. Islam menetapkan sebaiknya bagi wanita tempatnya adalah di rumah. 4. Selain daripada larangan berhias ini, ada larangan yang lebih besar, iaitu wanita yang kematian suami juga tidak boleh menerima peminangan dalam tempoh empat bulan sepuluh hari ini. Begitu juga mereka dilarang untuk berkahwin. Jika telah habis tempoh, maka semua larangan ini sudah terbatal, wanita dibenarkan berhias semula dan tiada halangan jika ingin berkahwin. Allah maha mengetahui keperluan manusia dan menjaga kehormatan pihak yang lain juga. Ayat 235 وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما عَرَّضتُم بِهِ مِن خِطبَةِ النِّساءِ أَو أَكنَنتُم في أَنفُسِكُم ۚ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُم سَتَذكُرونَهُنَّ وَلٰكِن لّا تُواعِدوهُنَّ سِرًّا إِلّا أَن تَقولوا قَولًا مَّعروفًا ۚ وَلا تَعزِموا عُقدَةَ النِّكاحِ حَتّىٰ يَبلُغَ الكِتٰبُ أَجَلَهُ ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما في أَنفُسِكُم فَاحذَروهُ ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَفورٌ حَليمٌ Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain daripada menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. 1. Ayat ini ditujukan kepada lelaki yang berminat untuk mengahwini janda yang kematian suami. Adalah dibenarkan seseorang itu untuk berkias atau memberi bayangan sehingga diketahui janda itu walaupun masih di dalam tempoh iddah. Sekiranya dikiaskan hingga janda tahu pun dibenarkan apatah lagi jika disembunyikan di dalam hati. Allah meraikan rasa cinta hamba-Nya baik lelaki ataupun wanita. Wanita bertaraf janda tetap mulia kedudukannya dalam Islam. 2. Walaupun dibenarkan berkias, namun ada juga larangannya, iaitu tidak dibenarkan untuk menyatakan hasrat untuk bernikah dengan bersungguh-sungguh ketika di dalam tempoh iddah. Begitu juga, kita dilarang untuk berpakat di antara seorang lelaki dan seorang wanita itu tanpa pengetahuan walinya. Sekiranya ada lelaki sebegitu, wanita janda itu tidak boleh melayan kehendaknya sepanjang tempoh iddah. Ini adalah langkah supaya tidak terjerumus dalam maksiat. 3. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya. Mungkin wanita itu telah ada yang menginginkannya, namun pada ketika itu masih bersuami. Setelah kematian suami, tiada larangan untuk seseorang itu berkahwin semula selepas tempoh iddah. Boleh jadi bukan seorang yang menginginkannya jadi supaya tidak melepas, seorang lelaki boleh memberi tanda, atau kiasan dalam tempoh iddah. Perbincangan yang lebih serius hanya boleh dilakukan setelah selesai tempoh iddah. Tamat Ruku' 30 dari 40 ruku' dalam surah Al-Baqarah.
010 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 11/10/2026
The First Thing You Should Do in a Hotel Room - Daily Passport dailypassport.com/first-thing-you-s…
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 11/10/2026
Scientists discover 180,000 giant tortoises on one Seychelles island | #Wildlife | The Guardian www.theguardian.com/environment/202…
theguardian.com
Researchers find 180,000 giant tortoises living on island in Seychelles
Figure is highest ever recorded for species and confirms one of Indian Ocean’s greatest conservation success stories
011 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 11/10/2026
Pemandu lori langgar 11 kenderaan di lampu isyarat Alam Budiman positif dadah | BULETIN TV3 #Malaysia www.buletintv3.my/nasional/pemandu-…
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 09/10/2026
Israel demolishes the property of a Palestinian who saved 30 Israelis on 7 October. Very on-brand of #Israel.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 08/10/2026
@axx You're screwed!
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 08/10/2026
Good morning #Fediverse.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 07/10/2026
Too many requests. #Mastodon
001 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 06/10/2026
Don’t be afraid to be confused. Try to remain permanently confused.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 06/10/2026
Selain daripada larangan berhias ini, ada larangan yang lebih besar, iaitu wanita yang kematian suami juga tidak boleh menerima peminangan dalam tempoh empat bulan sepuluh hari ini. Begitu juga mereka dilarang untuk berkahwin. Jika telah habis tempoh, maka semua larangan ini sudah terbatal […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 06/10/2026
Dalam tempoh empat bulan sepuluh hari itu, wanita yang kematian suami dilarang berhias. Perhiasan ini termasuklah jenis pakaian, aksesori dari emas dan perak, wangi-wangian, dan mengenakan solekan. Selain itu, mereka juga tidak boleh keluar dari rumah melainkan jika ada urusan penting seperti […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 06/10/2026
Daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi ﷺ), beliau berkata: “Pada zaman Jahiliyah, apabila seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, dia akan masuk ke dalam tempat yang sempit (kotor), memakai pakaian paling buruk, dan tidak menyentuh sebarang wangian atau perhiasan selama setahun. Setelah […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 06/10/2026
Bagi isteri yang kematian suami, tempoh iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari. Tempoh ini berbeza dengan iddah kerana penceraian iaitu tiga kali suci. Antara hikmahnya adalah untuk memberi tempoh kepada isteri untuk bertenang dan mengubah kehidupan daripada berpasangan kepada berseorangan. Ia […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 06/10/2026
Good morning #Fediverse
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
Daripada Ummu Salamah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا (isteri Nabi ﷺ), beliau berkata: “Pada zaman Jahiliyah, apabila seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, dia akan masuk ke dalam tempat yang sempit (kotor), memakai pakaian paling buruk, dan tidak menyentuh sebarang wangian atau perhiasan selama […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
Run.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026 www.faizalr.com/2026/10/konvensyen-… #blog #tadabbur #Putrajaya #alQuran
faizalr.com
Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026
Assalamualaikum dan selamat petang. Hari Sabtu baru ni sempat menghadiri Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026 bersama isteri. Program ini dianjurkan oleh Shabab Way dan Lin Nisa'. Tak pernah dengar sebenarnya dua penganjur ni tapi duk rasa mungkin ada kaitan juga dengan Ghulam Al-Dakwah yang diterajui oleh Ustaz Abdul Muien Abdul Rahman yang masyhur dengan kuliah tadabbur di samping aktiviti dakwah dan kebajikan mereka. Konvensyen diadakan di PICC, Putrajaya. Mula-mula daftar acara ni sebenarnya tak berjaya sebab dah penuh tapi penganjur ada tambah seat kemudiannya. Bila mula daftar dan penuh tu aku terus pm penganjur. Dalam beberapa hari mereka inform ada buat penambahan seat. Aku pun cepat-cepat daftar, tak sangka puan isteri pun teringin nak join. Mungkin sebab di Putrajaya, senanglah sebab dah ada tempat tinggal yang dekat. Program bermula jam 9 pagi, dalam dua sesi awal, ustaz Muien membuat kupasan tentang awal adalah tentang 1. Siapa Ahlul Quran? dan 2. Al-Quran Sumber Ketenangan Dan Rezeki. Bagi yang dah lazim membaca Al-Quran, konvensyen ini membuka minda tentang apa yang tujuan utama Al-Quran diturunkan. Tidak cukup sekadar dibaca dan dihafal tetapi yang lebih utama Al-Quran perlu difahami dan kandungannya perlu disebarkan melalui dakwah. Di sebelah petang ada perkongsian dari ustaz-ustaz lain dan ada juga slot yang disampaikan oleh pelajar-pelajar tadabbur. Ada yang menyampaikan tazkirah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Bagus rencana mereka kerana dah petang tetapi tak mengantuk dibuatnya. Slot di akhiri dengan forum bagaimana tadabbur mampu mengubah seseorang itu. Ringkas sahaja catatan kali ini, untuk rekod peserta yang hadir mencecah 2,600 orang. Satu angka yang besar, dan tak sangka banyak peminatnya tadabbur ni. Selesai program aku dan isteri singgah Amir Damascus di Cyberjaya. Rakaman disediakan: --- Dapat buku catatan Konvensyen Tadabbur tapi pen tak bagi pula huhu. --- Permandangan sekitar Putrajaya dari PICC, boleh tahan kuatnya jerebu hari tu. --- Disediakan meja-meja di luar dewan sebagai tempat makan tengah hari. --- Suka tengok petugas-petugas yang ramainya anak-anak remaja. Beruntung dan terlibat dengan program sebegini. --- Sayup-sayup sahaja nampak ustaz di atas stage. Nasib baik ada paparan yang besar di kiri kanan dewan. --- Kameraman lagi. --- Bergambar pada bunting program di luar dewan. --- Singgah makan malam di Amir Damascus. --- Barbican pomegranate. Setakat itu dahulu catatan kali ini. Nak balik rumah dah.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
New avatar?
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
'Abdullah bin Mughaffal (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (ﷺ) said, "Perform two Rak'ah before the Maghrib prayer." He (ﷺ) repeated it twice; when repeating it for the third time, he added: "He who may so wish." [Al- Bukhari]. #Islam #Hadith
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 04/10/2026
Kadang-kadang Allah lambat mengabulkan doa kerana Allah mahu kita banyak berdoa kepada-Nya.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 03/10/2026
Barbican pomegranate. 😘
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 01/10/2026
56k.rip - the 1996 dial-up internet experience 56k.rip
56k.rip
56k.rip
The full 1996 dial-up experience: the handshake, the wait, someone picking up the phone. Sound on.
013 3
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 30/09/2026
Rasanya kena redah juga hujan ni.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 30/09/2026
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 29/40 (Ayat 229-231) www.faizalr.com/2026/09/tadabbur-su… #blog #tadabbur #alQuran #alBaqarah
faizalr.com
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 29/40 (Ayat 229-231)
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 29/40 (Ayat 229-231) Ruku' 29 dari 40 ruku' dalam Surah Al-Baqarah ini berkisar tentang hukum berkaitan perceraian dan perintah melayan wanita yang diceraikan dengan cara yang baik dan penuh ihsan. Ayat 229 ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسَٰنٍ ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُوا۟ مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا ٱفْتَدَتْ بِهِۦ ۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu daripada apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 1. Talak hanya boleh dirujuk dua kali, ini hak yang ada pada suami. Setelah tiga kali talak, suami tidak boleh lagi boleh untuk rujuk semula isterinya. Inilah had yang Islam bawa berbanding praktik zaman jahiliyah dahulu iaitu talak dan rujuk tiada had. Perbuatan ini digunakan untuk menzalimi isteri dengan mencerai dan rujuk berkali-kali. Penceraian bukanlah suatu yang hina, ia peluang untuk memulakan hidup baharu namun prosesnya perlu baik dan memberi keadilan. 2. Berkenaan bilangan talak, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan para alim ulama; ada yang berpegang bahawa dibolehkan menalak 2 atau 3 dalam sekali lafaz, dan ada yang berpegang bahawa talak itu hanya dikira sekali walaupun yang menalak menyebutnya 2 atau 3 kali. Ini kerana melalui ayat 229 ini, difahami bahawa seharusnya talak itu perlu ada ruang untuk rujuk kembali. Perbuatan menalak secara sekaligus ini seperti menolak Kitabullah. 3. Rukanah Bin Abd Yazid menceraikan isterinya dengan talak tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu beliau jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi ﷺ). Rasulullah ﷺ bertanya kepadanya: “Bagaimanakah kamu menceraikannya?” Beliau menjawab: “Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis”, lalu Nabi ﷺ menjawab: “Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah dengannya sekiranya kamu mahu”, lalu beliau pun kembali rujuk dengan isterinya. 4. Sekiranya penceraian tidak jadi dan suami merujuk, ia perlu dilakukan dengan tujuan yang baik. Tidak boleh rujuk itu hanyalah untuk menzalimi isterinya. Melepaskannya juga perlu dilakukan dengan cara yang baik. Apa yang telah diberikan sepanjang perkahwinan tidak boleh diambil semula walaupun sedikit. Dalam masyarakat telah popular hadist dhaif yang menyatakan penceraian itu menggegarkan Arash Allah. Namun, bukanlah kita menggalakkan penceraian pula. 5. Di pihak isteri, ada juga hak untuk memohon penceraian dengan talak khulu'. Pihak mahkamah akan memutuskan sama ada perkara ini dibenarkan dan pihak isteri perlu membayar ganti rugi. Jumlah ganti rugi akan ditetapkan oleh mahkamah dan suami perlu bersetuju dengan jumlah tersebut. Sekiranya suami tidak bersetuju dengan jumlah ganti rugi, mahkamah akan pertimbangkan semula sehingga kes selesai iaitu apabila ianya mendapat persetujuan kedua pihak. Ayat 230 فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُۥ مِنۢ بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُۥ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. 1. Lanjutan daripada hukum talak dan rujuk, sekiranya pasangan telah bercerai untuk kali ketiga setelah ditalak tiga kali, maka bekas isterinya tidak lagi halal untuk dirujuk. Islam telah mengehadkan rujuk sebanyak 2 kali sahaja. Setelah itu, bekas suami isteri itu boleh berkahwin dengan siapa yang dimahukan kecuali bekas suami atau isterinya. Jika bekas isteri itu bercerai dan telah habis idahnya baru boleh bekas suami pertamanya berkahwin dengannya semula. 2. Perkahwinan kali kedua ini memerlukan maskahwin semula. Dalam masyarakat, situasi ini selalu dikaitkan dengan istilah "cina buta". Di mana bekas suami berpakat dan mengupah seseorang untuk berkahwin dengan bekas isterinya untuk tempoh tertentu kemudian menceraikannya. Kerap disebutkan syaratnya mestilah tidak melakukan jimak. Perkara sebegini tidak dibenarkan kerana perbuatan ini adalah helah dalam mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. 3. Perkahwinan kedua seorang isteri itu perlulah dengan syarat telah berjimak kerana nikah itu antara maksudnya ialah jimak. Penceraian kedua juga perlulah berlaku dengan natural dan bukan kerana pakatan, paksaan atau kerana upah tertentu. Perkahwinan semula juga bersyarat iaitu perlu boleh menegakkan hukum Allah dalam kehidupan rumah tangga. Dalam masyarakat, ramai beranggapan syarat utama perkahwinan adalah mampu sedangkan yang utamanya adalah menegak hukum. Ayat 231 وَإِذَا طَلَّقْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ ۚ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعْتَدُوا۟ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُۥ ۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓا۟ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوًا ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَآ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ وَٱلْحِكْمَةِ يَعِظُكُم بِهِۦ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 1. Suami yang merujuk kembali isterinya semasa dalam tempoh iddah perlulah melakukannya dengan tujuan baik. Dalam surah Thalaq ayat 2; "Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah." Saksi diperlukan supaya tidak timbul isu dikemuadian hari dalam hal cerai dan rujuk. 2. Suami yang menceraikan isterinya perlu menceraikannya dengan baik juga. Walaupun penceraian berlaku, hubungan kekeluargaan tetap ada. Ini terutamanya sekiranya pasangan sudah mempunyai anak, tetap ada hubungan dengan mertua, anak dengan datuk dan nenek, ibu dan bapa saudara yang perlu dijaga. Orang yang merujuk semula atau menceraikan dengan buruk sebenarnya menganiaya diri sendiri. Ada juga yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan permainan. 3. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: "Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai, rujuk." (Riwayat Abu Daud No. 2194 dinilai hasan oleh Albani). Tiga perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Apa yang disebutkan tetap dikira walaupun orang itu berkata dia hanya bergurau. Kerana itulah diberikan masa supaya seorang suami itu dapat berfikir masak-masak sebelum penceraian berlaku. 4. Allah mengingatkan kita semua supaya mengenang segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Dalam bab perkahwinan yang bermasalah, tetap sahaja Allah kurniakan rahmatnya dan nikmatnya dalam perkahwinan tersebut, cumanya manusia mudah melupakan nikmat yang telah Allah kurniakan. Anak-anak merupakan nikmat besar dalam rumah tangga selain nikmat bersama antara suami dan isteri. Dengan mengenang nikmat-nikmat ini, ia akan menjadikan seseorang itu lebih rasional. 5. Nikmat terbesar yang sebenarnya adalah nikmat kitab Al-Qur'an yang diturunkan. Allah mahu kita lihat kebesaran-Nya melalui kitab yang diturunkan. Di dalamnya ada petunjuk untuk menjalani kehidupan. Selain itu, sunnah Nabi ﷺ juga adalah nikmat yang besar. Banyak sekali ditunjukkan perbuatan Nabi ﷺ dalam menjaga hubungan dengan isteri-isterinya r.a. Banyak keruntuhan institusi kekeluargaan berlaku kerana kalam manusia lebih diutamakan daripada wahyu. Tamat ruku’ 29 daripada 40 ruku' dalam surah Al-Baqarah.
001 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Perkara pertama yang perlu diselidiki ialah sama ada seseorang itu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Perkara ini penting dan lebih utama untuk dipertimbangkan berbanding pekerjaan, status, keturunan dan lain-lain. Allah menutup ayat ini dengan sifat-Nya yang maha mengetahui. Ini menunjukkan […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Daripada Jabir bin Abdullah r.a., bahawasanya Nabi ﷺ bersabda: “Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, dan seorang gadis diminta izinnya ke atas dirinya, dan izinnya adalah diamnya.” (Sahih Muslim, Kitab An-Nikah, Bab Isti’dzan Ats-Tsayyib wal Bikr). Walaupun seorang janda […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Wanita yang telah bercerai tidak sepatutnya dihalang daripada berkahwin semula. Perkahwinan ini adalah sama ada dengan lelaki lain atau dengan bekas suaminya (dengan syarat-syarat yang memenuhi syariat). Dalam masyarakat ada yang berpandangan penceraian adalah suatu yang dianggap sial, berkahwin […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Is this down? fedia.io
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Kering tekak pula.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Namun, jika niatnya hanya untuk pamer (riya) atau mencari kebanggaan, maka ia berada di jalan syaitan." (Shahih al-Jami, no. 1428).
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
HADIS PENYEMANGAT UNTUK PARA PEKERJA Nabi ﷺ pernah bersabda: "Jika seseorang keluar dari rumah untuk bekerja menafkahi anak-anaknya yang masih kecil, maka ia berada di jalan Allah. Demikian pula, jika ia keluar untuk menafkahi kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, ia juga berada di jalan […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
100 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 28/09/2026
Crazy www.aljazeera.com/video/newsfeed/20…
aljazeera.com
Israeli protesters rally for ‘the right to rape’ prisoners
Protesters, politicians and TV commentators in Israel are defending the right of soldiers to mistreat prisoners.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 28/09/2026
Going to work. #Monday #WristCheck
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 27/09/2026
Jadi, apabila kita berjaya melakukan sesuatu ketaatan, sikap yang lebih tepat bukanlah “aku kuat beribadah”, tetapi “Allah telah memberi aku kemampuan untuk beribadah.”
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Nikmat terbesar yang sebenarnya adalah nikmat kitab Al-Qur'an yang diturunkan. Allah mahu kita lihat kebesaran-Nya melalui kitab yang diturunkan. Di dalamnya ada petunjuk untuk menjalani kehidupan. Selain itu, sunnah Nabi ﷺ juga adalah nikmat yang besar. Banyak sekali ditunjukkan perbuatan Nabi […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Allah mengingatkan kita semua supaya mengenang segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Dalam bab perkahwinan yang bermasalah, tetap sahaja Allah kurniakan rahmatnya dan nikmatnya dalam perkahwinan tersebut, cumanya manusia mudah melupakan nikmat yang telah Allah kurniakan. Anak-anak merupakan […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: "Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai, rujuk." (Riwayat Abu Daud No. 2194 dinilai hasan oleh Albani). Tiga perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Apa yang disebutkan tetap dikira […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Suami yang menceraikan isterinya perlu menceraikannya dengan baik juga. Walaupun penceraian berlaku, hubungan kekeluargaan tetap ada. Ini terutamanya sekiranya pasangan sudah mempunyai anak, tetap ada hubungan dengan mertua, anak dengan datuk dan nenek, ibu dan bapa saudara yang perlu dijaga […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Suami yang merujuk kembali isterinya semasa dalam tempoh iddah perlulah melakukannya dengan tujuan baik. Dalam surah Thalaq ayat 2; "Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Sedar tak sedar dah nak masuk waktu Asar.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
[SOLVED] Linux-firmware-nvidia: failed to commit transaction (conflicting files) - General system / Pacman & AUR helpers - #EndeavourOS forum.endeavouros.com/t/solved-linu…
forum.endeavouros.com
[SOLVED] Linux-firmware-nvidia: failed to commit transaction (conflicting files)
It’s been a day or two since I’ve asked a stupid question. Sorry I’m late… Received the news via an Arch email blast and then came here to the EOS forum to learn more. Is this just a NVIDIA issue or do those of us wthout NVIDIA chips also need to do the # pacman -Rdd linux-firmware # pacman -Syu linux-firmware dance? @UncleSpellbinder : Might want to sign up for Arch email alerts. They always manage to give me something to fuss about between updates.
000 0
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Menghidupkan Semula Laptop Dell Latitude 5480 www.faizalr.com/2026/09/mnghidupkan… #DIY #Laptop #Repair #Dell
faizalr.com
Mnghidupkan Semula Laptop Dell Latitude 5480
Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Minggu ni puan isteri tidak balik kerana ada jemputan kenduri anak saudaranya di Kuantan. Dia pergi pun tumpang keluarga adiknya. Aku pula rasa jauh sangat kalau nak ke Kuantan tu dari Penang. Dan hujung minggu depan aku nak ke Cyberjaya pula kerana ada Konvensyen Tadabbur di Putrajaya. Eryna pula ada kelas tambahan Pendidikan Agama Islam. Cara menjawab soalan ke apa dia cakap sebelum ni. Macam-macam zaman sekarang ni. Zaman aku dulu kalau Pendidikan Islam ini subjek wajib dapat A1. Baca banyak, hafal banyak akan skor A1. Berbalik kepada tajuk, sengaja aku buat catatan ini kerana ada kisahnya yang pada aku sedikit menarik. Untuk makluman, aku ada juga buat kerja repair-repair laptop as part time, lebih kepada tolong-tolong orang yang ada masalah laptop. Kisahnya satu laptop ni ada jiran hantar. Laptop tak boleh nak on, bila semak-semak didapati masalah motherboard. Bila isu motherboard ni biasanya tak ramai nak proceed repair kerana kosnya mahal dan ambil masa juga. Biasanya orang nak cepat. Dah customer ni tak nak proceed, mungkin dia beli laptop lain dah. Bila ditanya dia nak lagi atau tak laptop ni, dia kata suruh aku buangkan. Aku pun simpan dulu sambil duk cari-cari kut ada orang jual motherboard murah-murah. Kadang tu masa memainkan peranan, ini sebenarnya termasuk dalam usaha juga. Kalau nak cepat kadang terpaksa beli dengan harga mahal, kalau bersabar sedikit mungkin ada orang jual dengan harga lebih murah. Bila terjumpa harga yang agak murah, aku pun proceed beli. Dalam masa yang sama bila beli secara online dengan pos ni kena standby risiko ditipu juga jadi kena banyak berdoa sahajalah. Pendekkan cerita, aku pun pasanglah motherboard ganti ni dan bila dicuba laptop tak mahu hidup juga. Aduss, terkena dah kali ni. Sampaikan aku dan hantar mesej kepada penjual. Dan tak berbalas dekat 12 jam. Lagilah aku duk rasa macam aku dah terkena. "Nak pasang dah satu hal, keluar duit pula lagi last-last kena tipu." Aku duk kata dalam hati. Apapun malam tadi aku cuba satu trick lagi iaitu check connector ke screen. Sebenarnya dah pasang elok dah, cuma saja aku try semula dan tiba-tiba baru hidup laptop ni. Syukur sangat dan aku punya kesimpulan, kalau tukar motherboard ni, walaupun dan pasang elok kena juga cuba-cuba pasang connector-connector semua jika sekali boot tak berjaya. Sebabnya mungkin sekali boot tu belum tentu charge dah sampai ke semua cip komponen. Kena trigger dengan unplug dan sambung semula connector. Nak cerita pun susah tapi itulah yang aku agak. jangan cepat nak mengalah kata rosak terus. Itulah sahaja catatan kali ini. Kut ada yang nak buang laptop, bolehlah saya tolong buangkan.
010 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
“Tidak ada hari yang Allah membebaskan lebih ramai hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah.” — (Hadis Riwayat Muslim)
000 0
Reposted by FaizalR
Chris Geoghooligan ✊ @vtdarksim.dmv.community.ap.brid.gy · 26/09/2026
I just picked a bunch (peck?) of peppers and pickled them. I now have ~17 cups of pickled peppers to work through. I might have a pickled pepper problem. #garden #gardening #landman #landmanning #homestead #homesteading #harvest #vegetables #pickledpeppers […] [Original post on dmv.community]
Today’s harvest, showcasing avariety of fresh vegetables arranged on a stovetop, including a container of cherry tomatoes, green and yellow peppers, and purple basil.Two jars of sliced pickled peppers are displayed in a refrigerator. The jars are filled with green & yellow pepper slices submerged in a brine solution. Various food items are visible in the background.Three new jars filled with various sliced peppers in a brine, placed on a kitchen countertop next to a stove.
001 1
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
To make #Firefox more compact, you can enable Compact Mode by typing about:config in the address bar, setting browser.compactmode.show to true, and then selecting Compact from the Density options in the Customize Toolbar menu.
000 0