Sign in

FaizalR

@faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy
16 followers 2 following 111 posts

Tech repair, ThinkPad experiments, daily reflections • Qur’an study & tadabbur journey • Malaysia 🌙 • Travel notes • Sharing what I learn, as I learn it. 🌉 bridged from ⁂ mstdn.social/@faizalr, follow @ap.brid.gy to interact

PostsRepliesMedia
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 4h
Don’t be afraid to be confused. Try to remain permanently confused.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 8h
Selain daripada larangan berhias ini, ada larangan yang lebih besar, iaitu wanita yang kematian suami juga tidak boleh menerima peminangan dalam tempoh empat bulan sepuluh hari ini. Begitu juga mereka dilarang untuk berkahwin. Jika telah habis tempoh, maka semua larangan ini sudah terbatal […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 8h
Dalam tempoh empat bulan sepuluh hari itu, wanita yang kematian suami dilarang berhias. Perhiasan ini termasuklah jenis pakaian, aksesori dari emas dan perak, wangi-wangian, dan mengenakan solekan. Selain itu, mereka juga tidak boleh keluar dari rumah melainkan jika ada urusan penting seperti […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 8h
Daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi ﷺ), beliau berkata: “Pada zaman Jahiliyah, apabila seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, dia akan masuk ke dalam tempat yang sempit (kotor), memakai pakaian paling buruk, dan tidak menyentuh sebarang wangian atau perhiasan selama setahun. Setelah […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 8h
Bagi isteri yang kematian suami, tempoh iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari. Tempoh ini berbeza dengan iddah kerana penceraian iaitu tiga kali suci. Antara hikmahnya adalah untuk memberi tempoh kepada isteri untuk bertenang dan mengubah kehidupan daripada berpasangan kepada berseorangan. Ia […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 16h
Good morning #Fediverse
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
Daripada Ummu Salamah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا (isteri Nabi ﷺ), beliau berkata: “Pada zaman Jahiliyah, apabila seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, dia akan masuk ke dalam tempat yang sempit (kotor), memakai pakaian paling buruk, dan tidak menyentuh sebarang wangian atau perhiasan selama […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
Run.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026 www.faizalr.com/2026/10/konvensyen-… #blog #tadabbur #Putrajaya #alQuran
faizalr.com
Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026
Assalamualaikum dan selamat petang. Hari Sabtu baru ni sempat menghadiri Konvensyen Tadabbur Al-Quran 2026 bersama isteri. Program ini dianjurkan oleh Shabab Way dan Lin Nisa'. Tak pernah dengar sebenarnya dua penganjur ni tapi duk rasa mungkin ada kaitan juga dengan Ghulam Al-Dakwah yang diterajui oleh Ustaz Abdul Muien Abdul Rahman yang masyhur dengan kuliah tadabbur di samping aktiviti dakwah dan kebajikan mereka. Konvensyen diadakan di PICC, Putrajaya. Mula-mula daftar acara ni sebenarnya tak berjaya sebab dah penuh tapi penganjur ada tambah seat kemudiannya. Bila mula daftar dan penuh tu aku terus pm penganjur. Dalam beberapa hari mereka inform ada buat penambahan seat. Aku pun cepat-cepat daftar, tak sangka puan isteri pun teringin nak join. Mungkin sebab di Putrajaya, senanglah sebab dah ada tempat tinggal yang dekat. Program bermula jam 9 pagi, dalam dua sesi awal, ustaz Muien membuat kupasan tentang awal adalah tentang 1. Siapa Ahlul Quran? dan 2. Al-Quran Sumber Ketenangan Dan Rezeki. Bagi yang dah lazim membaca Al-Quran, konvensyen ini membuka minda tentang apa yang tujuan utama Al-Quran diturunkan. Tidak cukup sekadar dibaca dan dihafal tetapi yang lebih utama Al-Quran perlu difahami dan kandungannya perlu disebarkan melalui dakwah. Di sebelah petang ada perkongsian dari ustaz-ustaz lain dan ada juga slot yang disampaikan oleh pelajar-pelajar tadabbur. Ada yang menyampaikan tazkirah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Bagus rencana mereka kerana dah petang tetapi tak mengantuk dibuatnya. Slot di akhiri dengan forum bagaimana tadabbur mampu mengubah seseorang itu. Ringkas sahaja catatan kali ini, untuk rekod peserta yang hadir mencecah 2,600 orang. Satu angka yang besar, dan tak sangka banyak peminatnya tadabbur ni. Selesai program aku dan isteri singgah Amir Damascus di Cyberjaya. Rakaman disediakan: --- Dapat buku catatan Konvensyen Tadabbur tapi pen tak bagi pula huhu. --- Permandangan sekitar Putrajaya dari PICC, boleh tahan kuatnya jerebu hari tu. --- Disediakan meja-meja di luar dewan sebagai tempat makan tengah hari. --- Suka tengok petugas-petugas yang ramainya anak-anak remaja. Beruntung dan terlibat dengan program sebegini. --- Sayup-sayup sahaja nampak ustaz di atas stage. Nasib baik ada paparan yang besar di kiri kanan dewan. --- Kameraman lagi. --- Bergambar pada bunting program di luar dewan. --- Singgah makan malam di Amir Damascus. --- Barbican pomegranate. Setakat itu dahulu catatan kali ini. Nak balik rumah dah.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
New avatar?
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 05/10/2026
'Abdullah bin Mughaffal (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (ﷺ) said, "Perform two Rak'ah before the Maghrib prayer." He (ﷺ) repeated it twice; when repeating it for the third time, he added: "He who may so wish." [Al- Bukhari]. #Islam #Hadith
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 04/10/2026
Kadang-kadang Allah lambat mengabulkan doa kerana Allah mahu kita banyak berdoa kepada-Nya.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 03/10/2026
Barbican pomegranate. 😘
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 01/10/2026
56k.rip - the 1996 dial-up internet experience 56k.rip
56k.rip
56k.rip
The full 1996 dial-up experience: the handshake, the wait, someone picking up the phone. Sound on.
013
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 30/09/2026
Rasanya kena redah juga hujan ni.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 30/09/2026
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 29/40 (Ayat 229-231) www.faizalr.com/2026/09/tadabbur-su… #blog #tadabbur #alQuran #alBaqarah
faizalr.com
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 29/40 (Ayat 229-231)
Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 29/40 (Ayat 229-231) Ruku' 29 dari 40 ruku' dalam Surah Al-Baqarah ini berkisar tentang hukum berkaitan perceraian dan perintah melayan wanita yang diceraikan dengan cara yang baik dan penuh ihsan. Ayat 229 ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسَٰنٍ ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُوا۟ مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا ٱفْتَدَتْ بِهِۦ ۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu daripada apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 1. Talak hanya boleh dirujuk dua kali, ini hak yang ada pada suami. Setelah tiga kali talak, suami tidak boleh lagi boleh untuk rujuk semula isterinya. Inilah had yang Islam bawa berbanding praktik zaman jahiliyah dahulu iaitu talak dan rujuk tiada had. Perbuatan ini digunakan untuk menzalimi isteri dengan mencerai dan rujuk berkali-kali. Penceraian bukanlah suatu yang hina, ia peluang untuk memulakan hidup baharu namun prosesnya perlu baik dan memberi keadilan. 2. Berkenaan bilangan talak, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan para alim ulama; ada yang berpegang bahawa dibolehkan menalak 2 atau 3 dalam sekali lafaz, dan ada yang berpegang bahawa talak itu hanya dikira sekali walaupun yang menalak menyebutnya 2 atau 3 kali. Ini kerana melalui ayat 229 ini, difahami bahawa seharusnya talak itu perlu ada ruang untuk rujuk kembali. Perbuatan menalak secara sekaligus ini seperti menolak Kitabullah. 3. Rukanah Bin Abd Yazid menceraikan isterinya dengan talak tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu beliau jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi ﷺ). Rasulullah ﷺ bertanya kepadanya: “Bagaimanakah kamu menceraikannya?” Beliau menjawab: “Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis”, lalu Nabi ﷺ menjawab: “Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah dengannya sekiranya kamu mahu”, lalu beliau pun kembali rujuk dengan isterinya. 4. Sekiranya penceraian tidak jadi dan suami merujuk, ia perlu dilakukan dengan tujuan yang baik. Tidak boleh rujuk itu hanyalah untuk menzalimi isterinya. Melepaskannya juga perlu dilakukan dengan cara yang baik. Apa yang telah diberikan sepanjang perkahwinan tidak boleh diambil semula walaupun sedikit. Dalam masyarakat telah popular hadist dhaif yang menyatakan penceraian itu menggegarkan Arash Allah. Namun, bukanlah kita menggalakkan penceraian pula. 5. Di pihak isteri, ada juga hak untuk memohon penceraian dengan talak khulu'. Pihak mahkamah akan memutuskan sama ada perkara ini dibenarkan dan pihak isteri perlu membayar ganti rugi. Jumlah ganti rugi akan ditetapkan oleh mahkamah dan suami perlu bersetuju dengan jumlah tersebut. Sekiranya suami tidak bersetuju dengan jumlah ganti rugi, mahkamah akan pertimbangkan semula sehingga kes selesai iaitu apabila ianya mendapat persetujuan kedua pihak. Ayat 230 فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُۥ مِنۢ بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُۥ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. 1. Lanjutan daripada hukum talak dan rujuk, sekiranya pasangan telah bercerai untuk kali ketiga setelah ditalak tiga kali, maka bekas isterinya tidak lagi halal untuk dirujuk. Islam telah mengehadkan rujuk sebanyak 2 kali sahaja. Setelah itu, bekas suami isteri itu boleh berkahwin dengan siapa yang dimahukan kecuali bekas suami atau isterinya. Jika bekas isteri itu bercerai dan telah habis idahnya baru boleh bekas suami pertamanya berkahwin dengannya semula. 2. Perkahwinan kali kedua ini memerlukan maskahwin semula. Dalam masyarakat, situasi ini selalu dikaitkan dengan istilah "cina buta". Di mana bekas suami berpakat dan mengupah seseorang untuk berkahwin dengan bekas isterinya untuk tempoh tertentu kemudian menceraikannya. Kerap disebutkan syaratnya mestilah tidak melakukan jimak. Perkara sebegini tidak dibenarkan kerana perbuatan ini adalah helah dalam mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. 3. Perkahwinan kedua seorang isteri itu perlulah dengan syarat telah berjimak kerana nikah itu antara maksudnya ialah jimak. Penceraian kedua juga perlulah berlaku dengan natural dan bukan kerana pakatan, paksaan atau kerana upah tertentu. Perkahwinan semula juga bersyarat iaitu perlu boleh menegakkan hukum Allah dalam kehidupan rumah tangga. Dalam masyarakat, ramai beranggapan syarat utama perkahwinan adalah mampu sedangkan yang utamanya adalah menegak hukum. Ayat 231 وَإِذَا طَلَّقْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ ۚ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعْتَدُوا۟ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُۥ ۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓا۟ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوًا ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَآ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ وَٱلْحِكْمَةِ يَعِظُكُم بِهِۦ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 1. Suami yang merujuk kembali isterinya semasa dalam tempoh iddah perlulah melakukannya dengan tujuan baik. Dalam surah Thalaq ayat 2; "Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah." Saksi diperlukan supaya tidak timbul isu dikemuadian hari dalam hal cerai dan rujuk. 2. Suami yang menceraikan isterinya perlu menceraikannya dengan baik juga. Walaupun penceraian berlaku, hubungan kekeluargaan tetap ada. Ini terutamanya sekiranya pasangan sudah mempunyai anak, tetap ada hubungan dengan mertua, anak dengan datuk dan nenek, ibu dan bapa saudara yang perlu dijaga. Orang yang merujuk semula atau menceraikan dengan buruk sebenarnya menganiaya diri sendiri. Ada juga yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan permainan. 3. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: "Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai, rujuk." (Riwayat Abu Daud No. 2194 dinilai hasan oleh Albani). Tiga perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Apa yang disebutkan tetap dikira walaupun orang itu berkata dia hanya bergurau. Kerana itulah diberikan masa supaya seorang suami itu dapat berfikir masak-masak sebelum penceraian berlaku. 4. Allah mengingatkan kita semua supaya mengenang segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Dalam bab perkahwinan yang bermasalah, tetap sahaja Allah kurniakan rahmatnya dan nikmatnya dalam perkahwinan tersebut, cumanya manusia mudah melupakan nikmat yang telah Allah kurniakan. Anak-anak merupakan nikmat besar dalam rumah tangga selain nikmat bersama antara suami dan isteri. Dengan mengenang nikmat-nikmat ini, ia akan menjadikan seseorang itu lebih rasional. 5. Nikmat terbesar yang sebenarnya adalah nikmat kitab Al-Qur'an yang diturunkan. Allah mahu kita lihat kebesaran-Nya melalui kitab yang diturunkan. Di dalamnya ada petunjuk untuk menjalani kehidupan. Selain itu, sunnah Nabi ﷺ juga adalah nikmat yang besar. Banyak sekali ditunjukkan perbuatan Nabi ﷺ dalam menjaga hubungan dengan isteri-isterinya r.a. Banyak keruntuhan institusi kekeluargaan berlaku kerana kalam manusia lebih diutamakan daripada wahyu. Tamat ruku’ 29 daripada 40 ruku' dalam surah Al-Baqarah.
001
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Perkara pertama yang perlu diselidiki ialah sama ada seseorang itu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Perkara ini penting dan lebih utama untuk dipertimbangkan berbanding pekerjaan, status, keturunan dan lain-lain. Allah menutup ayat ini dengan sifat-Nya yang maha mengetahui. Ini menunjukkan […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Daripada Jabir bin Abdullah r.a., bahawasanya Nabi ﷺ bersabda: “Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, dan seorang gadis diminta izinnya ke atas dirinya, dan izinnya adalah diamnya.” (Sahih Muslim, Kitab An-Nikah, Bab Isti’dzan Ats-Tsayyib wal Bikr). Walaupun seorang janda […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Wanita yang telah bercerai tidak sepatutnya dihalang daripada berkahwin semula. Perkahwinan ini adalah sama ada dengan lelaki lain atau dengan bekas suaminya (dengan syarat-syarat yang memenuhi syariat). Dalam masyarakat ada yang berpandangan penceraian adalah suatu yang dianggap sial, berkahwin […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Is this down? fedia.io
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
Kering tekak pula.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 29/09/2026
HADIS PENYEMANGAT UNTUK PARA PEKERJA Nabi ﷺ pernah bersabda: "Jika seseorang keluar dari rumah untuk bekerja menafkahi anak-anaknya yang masih kecil, maka ia berada di jalan Allah. Demikian pula, jika ia keluar untuk menafkahi kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, ia juga berada di jalan […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
100
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 28/09/2026
Crazy www.aljazeera.com/video/newsfeed/20…
aljazeera.com
Israeli protesters rally for ‘the right to rape’ prisoners
Protesters, politicians and TV commentators in Israel are defending the right of soldiers to mistreat prisoners.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 28/09/2026
Going to work. #Monday #WristCheck
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 27/09/2026
Jadi, apabila kita berjaya melakukan sesuatu ketaatan, sikap yang lebih tepat bukanlah “aku kuat beribadah”, tetapi “Allah telah memberi aku kemampuan untuk beribadah.”
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Nikmat terbesar yang sebenarnya adalah nikmat kitab Al-Qur'an yang diturunkan. Allah mahu kita lihat kebesaran-Nya melalui kitab yang diturunkan. Di dalamnya ada petunjuk untuk menjalani kehidupan. Selain itu, sunnah Nabi ﷺ juga adalah nikmat yang besar. Banyak sekali ditunjukkan perbuatan Nabi […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Allah mengingatkan kita semua supaya mengenang segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Dalam bab perkahwinan yang bermasalah, tetap sahaja Allah kurniakan rahmatnya dan nikmatnya dalam perkahwinan tersebut, cumanya manusia mudah melupakan nikmat yang telah Allah kurniakan. Anak-anak merupakan […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: "Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai, rujuk." (Riwayat Abu Daud No. 2194 dinilai hasan oleh Albani). Tiga perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Apa yang disebutkan tetap dikira […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Suami yang menceraikan isterinya perlu menceraikannya dengan baik juga. Walaupun penceraian berlaku, hubungan kekeluargaan tetap ada. Ini terutamanya sekiranya pasangan sudah mempunyai anak, tetap ada hubungan dengan mertua, anak dengan datuk dan nenek, ibu dan bapa saudara yang perlu dijaga […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Suami yang merujuk kembali isterinya semasa dalam tempoh iddah perlulah melakukannya dengan tujuan baik. Dalam surah Thalaq ayat 2; "Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Sedar tak sedar dah nak masuk waktu Asar.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
[SOLVED] Linux-firmware-nvidia: failed to commit transaction (conflicting files) - General system / Pacman & AUR helpers - #EndeavourOS forum.endeavouros.com/t/solved-linu…
forum.endeavouros.com
[SOLVED] Linux-firmware-nvidia: failed to commit transaction (conflicting files)
It’s been a day or two since I’ve asked a stupid question. Sorry I’m late… Received the news via an Arch email blast and then came here to the EOS forum to learn more. Is this just a NVIDIA issue or do those of us wthout NVIDIA chips also need to do the # pacman -Rdd linux-firmware # pacman -Syu linux-firmware dance? @UncleSpellbinder : Might want to sign up for Arch email alerts. They always manage to give me something to fuss about between updates.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
Menghidupkan Semula Laptop Dell Latitude 5480 www.faizalr.com/2026/09/mnghidupkan… #DIY #Laptop #Repair #Dell
faizalr.com
Mnghidupkan Semula Laptop Dell Latitude 5480
Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Minggu ni puan isteri tidak balik kerana ada jemputan kenduri anak saudaranya di Kuantan. Dia pergi pun tumpang keluarga adiknya. Aku pula rasa jauh sangat kalau nak ke Kuantan tu dari Penang. Dan hujung minggu depan aku nak ke Cyberjaya pula kerana ada Konvensyen Tadabbur di Putrajaya. Eryna pula ada kelas tambahan Pendidikan Agama Islam. Cara menjawab soalan ke apa dia cakap sebelum ni. Macam-macam zaman sekarang ni. Zaman aku dulu kalau Pendidikan Islam ini subjek wajib dapat A1. Baca banyak, hafal banyak akan skor A1. Berbalik kepada tajuk, sengaja aku buat catatan ini kerana ada kisahnya yang pada aku sedikit menarik. Untuk makluman, aku ada juga buat kerja repair-repair laptop as part time, lebih kepada tolong-tolong orang yang ada masalah laptop. Kisahnya satu laptop ni ada jiran hantar. Laptop tak boleh nak on, bila semak-semak didapati masalah motherboard. Bila isu motherboard ni biasanya tak ramai nak proceed repair kerana kosnya mahal dan ambil masa juga. Biasanya orang nak cepat. Dah customer ni tak nak proceed, mungkin dia beli laptop lain dah. Bila ditanya dia nak lagi atau tak laptop ni, dia kata suruh aku buangkan. Aku pun simpan dulu sambil duk cari-cari kut ada orang jual motherboard murah-murah. Kadang tu masa memainkan peranan, ini sebenarnya termasuk dalam usaha juga. Kalau nak cepat kadang terpaksa beli dengan harga mahal, kalau bersabar sedikit mungkin ada orang jual dengan harga lebih murah. Bila terjumpa harga yang agak murah, aku pun proceed beli. Dalam masa yang sama bila beli secara online dengan pos ni kena standby risiko ditipu juga jadi kena banyak berdoa sahajalah. Pendekkan cerita, aku pun pasanglah motherboard ganti ni dan bila dicuba laptop tak mahu hidup juga. Aduss, terkena dah kali ni. Sampaikan aku dan hantar mesej kepada penjual. Dan tak berbalas dekat 12 jam. Lagilah aku duk rasa macam aku dah terkena. "Nak pasang dah satu hal, keluar duit pula lagi last-last kena tipu." Aku duk kata dalam hati. Apapun malam tadi aku cuba satu trick lagi iaitu check connector ke screen. Sebenarnya dah pasang elok dah, cuma saja aku try semula dan tiba-tiba baru hidup laptop ni. Syukur sangat dan aku punya kesimpulan, kalau tukar motherboard ni, walaupun dan pasang elok kena juga cuba-cuba pasang connector-connector semua jika sekali boot tak berjaya. Sebabnya mungkin sekali boot tu belum tentu charge dah sampai ke semua cip komponen. Kena trigger dengan unplug dan sambung semula connector. Nak cerita pun susah tapi itulah yang aku agak. jangan cepat nak mengalah kata rosak terus. Itulah sahaja catatan kali ini. Kut ada yang nak buang laptop, bolehlah saya tolong buangkan.
010
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
“Tidak ada hari yang Allah membebaskan lebih ramai hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah.” — (Hadis Riwayat Muslim)
000
Reposted by FaizalR
Chris Geoghooligan ✊ @vtdarksim.dmv.community.ap.brid.gy · 26/09/2026
I just picked a bunch (peck?) of peppers and pickled them. I now have ~17 cups of pickled peppers to work through. I might have a pickled pepper problem. #garden #gardening #landman #landmanning #homestead #homesteading #harvest #vegetables #pickledpeppers […] [Original post on dmv.community]
Today’s harvest, showcasing avariety of fresh vegetables arranged on a stovetop, including a container of cherry tomatoes, green and yellow peppers, and purple basil.Two jars of sliced pickled peppers are displayed in a refrigerator. The jars are filled with green & yellow pepper slices submerged in a brine solution. Various food items are visible in the background.Three new jars filled with various sliced peppers in a brine, placed on a kitchen countertop next to a stove.
001
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 26/09/2026
To make #Firefox more compact, you can enable Compact Mode by typing about:config in the address bar, setting browser.compactmode.show to true, and then selecting Compact from the Density options in the Customize Toolbar menu.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 25/09/2026
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 25/09/2026
Anas (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (ﷺ) said, "Keep your rows straight (during Salat in congregation), for keeping the rows straight is part of the perfection of Salat." [Al-Bukhari and Muslim]. #Islam #Hadith
001
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 24/09/2026
Good morning, #Fediverse.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 24/09/2026
Abu Sa'id Al-Khudri (May Allah be pleased with him) reported: When the Messenger of Allah (ﷺ) perceived a tendency among his Companions to stand in the back rows, he said to them, "Come forward and be close to me and let those who come after you follow your lead. If people continue to fall […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 23/09/2026
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 23/09/2026
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 23/09/2026
Jabir bin Samurah (May Allah be pleased with them) reported: The Messenger of Allah (ﷺ) came out to us (once) and said, "Why do you not stand in rows as the angels do before their Rabb?" We asked: "O Messenger of Allah! How do the angels stand in rows before their Rabb?" He (ﷺ) replied, "They […]
mstdn.social
Original post on mstdn.social
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 22/09/2026
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 21/09/2026
Bismillah.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 19/09/2026
Lama tak update #EndeavourOS #Linux
000
Reposted by FaizalR
Tim Richards @timrichards.aus.social.ap.brid.gy · 18/09/2026
New cat species has dropped #cat #cats www.scientificamerican.com/article/…
329
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 18/09/2026
Good morning #Fediverse.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 16/09/2026
Menyantuni Sahabat Lama yang Bertandang ke Penang www.faizalr.com/2026/09/menyantuni-… #blog #blogging #Penang #meetup
faizalr.com
Menyantuni Sahabat Lama yang Bertandang ke Penang
--- Bertemu sahabat lama di Kayu Nasi Kandar. Assalamualaikum dan selamat malam. Catatan ringkas untuk hari ini ialah tentang menyantuni seorang sahabat lama yang bertandang ke Penang. Dua hari lepas dia ada hantar mesej yang mengatakan yang dia berada di Bayan Lepas. Rupanya dia ada kursus di Penang ni. Aku pula sibuk kalau hari kerja dan nak ke pulau tu memang berat sikit. Rezeki hari ni cuti Hari Malaysia dan dia pun masih ada di sini. Aku pun planlah nak jumpa dia dan kidnap dia sekejap dari kursusnya. Aku pun bertolak ke Hotel Iconic Mojavie dalam waktu tengah hari tadi untuk mengambil sahabar ni. Dia ni sebenarnya sahabat semasa belajar di Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya. Kami tinggal di Kolej Kediaman Kedua dan kemudian menyewa rumah yang sama di Pantai Dalam. Walau pun kami belajar di fakulti yang berbeza setelah Asasi tetap sahaja kami berkawan rapat. Banyak sekali kenangan zaman belajar ni, zaman mula nak kenal dunia. Kami lunch nasi kandar di Kayu Nasi Kandar, cari tempat makan yang berdekatan sahaja kerana di sebelah petang dia akan berkursus lagi. Gigih betul berkursus semasa orang semua bercuti. Selesai makan aku pun hantar semula dia ke hotelnya. Itu sahajalah catatan untuk kali ini. Hingga bertemu lagi dalam catatan yang lain.
000
FaizalR @faizalr.mstdn.social.ap.brid.gy · 16/09/2026
Khauf yang benar mendorong seseorang untuk: 1. Meninggalkan maksiat, 2. Menjauhi perkara yang Allah larang,dan 3. menjadi taat kepada Allah.
000